JASA BONDA


di saat kau lena dia berjaga
kau bersenang dia bekerja
untukmu tiada terbatas
memberi tidakminta dibalas
ingin dibinanya untukmu
kehidupan yang sempurna
punya kekuatan jiwa
punyai maruah

leterannya dari rasa luhur
menegur sebelum terlanjur
itulah yang diwarisi
pesan ibu terpahat di hati
beringat-ingatlah berpesan-pesan
untuk kebaikan
marah bukan kebencian
tapi itulah tanda sayang

engkau semakin dewasa
berjiwa merdeka
sedang dia semakin tua
membilang usia
di saat kau berjaya
dia tiada berdaya semoga kau tak lupa jasa bonda





"SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU"


Dari segumpal darah yang hina,lalu membentuk daging dan sedikit demi sedikit terhasillah jasad sebelum ditiup roh untuk menghidupkannya.selama 9 bulan 10 hari mengusung perut ke hulu ke hilir,namun demi bayi yang di kandung,segala penat lelah sanggup diketepikan.itulah tanggungjawab yang amat berat untuk digalas oleh seorang wanita bergelar IBU,EMAK,UMI,BONDA,MUMMY atau apa saja yang membawa maksud yang sama.tak terucap dek kata-kata sebenarnya untuk mengenang pengorbanan seorang ibu.dari mengandung,melahirkan dan membesarkan anak-anak,segala pengorbanan itu tidak akan mampu dinilai dengan wang ringgit.kasih ibu sememangnya membawa ke syurga...

Saban tahun pada tanggal 8 Mei,satu dunia akan meraikan sambutan hari ibu,sebagai mengenang jasa wanita yang telah bergelar ibu.namun demikian,untuk mengenang jasa ibu,bukan pada tarikh itu sahaja.sebaliknya setiap detik dan ketika,letakkan ibu kita di fikiran dan hati.Rasullullah SAW pernah bersabda,"redha Allah bergantung pada redha kedua ibu bapa,dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa"(Hadis : Al Hakim)

Sedari kecil,kita dididik, diasuh dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang.jika kita sakit ibulah yang paling susah hati.dia akan menjaga kita tanpa erti jemu, apatah lagi mengeluh. biar pun penat atau mungkin tertekan,tetapi demi anak yang dikasihi,segalanya ditolak ke tepi . apabila kita gembira, ibu tersenyum riang.jika kita melakar kejayaan, ibu akan menangis...tetapi kerana terlalu gembira dan bangga..walaupun tidak diucapkan dalambicara,namun jauh di sudut hatinya, dia pasti berbangga dengan kejayaan anaknya itu. jadi, berusahalah agar kita dapat menggembirakan dan menyenangkan hati ibu. seorang ibu boleh menjaga anak yang ramai waima 10 orang sekali pun. tetapi dalam zaman sekarang ini, kisah si tanggang masih ada yang berlaku. bayangkan ada kisah anak yang mengusir si ibu dari rumah dan menghantarnya ke rumah orang-orang tua. luluh rasa hati kecil ini tatkala melihat wajah-wajah tua yang menanti kedatangan anak masing-masing saban masa. keadaan kesihatan yang semakin merosot dan ada yang hanya terlantar di katil, tetapi tetap tersenyum melihat kehadiran tetamu. apa yang diharap, muncullah anaknya , tetapi hampa yang bertandang. bukan si anak yang berkunjung tiba.

Teringat kisah yang pernah dibaca dalam sebuah akhbar tempatan awal tahun ini. seorang ibu pergi meninggalkan dunia fana dengan perasaan yang sangat terkilan. menurut pengetua rumah kebajikan yang terletak di pinggir ibu kota, wanita tersebut telah dihantar ke situ beberapa tahun yang lepas apabila anaknya mengetahui sejarah silam ibunya yang pernah menjadi pelacur. si anak bermati-matian tidak dapat menerima hakikat tersebut waima si ibulah yang membesarkannya dari kecil sehingga dewasa, menjadi seorang yang berjaya hasil dari pekerjaan tersebut. lantas apabila si ibu terlantar keuzuran, anaknya tidak mahu datang menziarah biarpun telah dimaklumkan. sehinggalah si ibu menghembuskan nafas yang terakhir dan dikebumikan, namun bayangan anaknya langsung tidak kelihatan. dendam seorang anak dibawa sama oleh jasad si ibu sehingga ke liang lahad. sungguh menyedihkan!

Itu antara secebis kisah sedih yang pernah dialami oleh seorang insan yang bergelar ibu. terlalu banyak sebenarnya kisah versi si tanggang zaman moden ini. walau bagaimanapun, ambillah ia sebagai pengajaran agar kita tidak melakukan atau diperlakukan hal yang sedemikian. sebagai seorang anak, setinggi manapun kita terbang sehingga sudah mencapai awan biru, namun jangan sesekali terlupa untuk berpijak di bumi yang nyata. agar tidak terlupa jasa individu yang sangat-sangat berjasa dengan kita sedari bayi sehinggalah menginjak ke dewasa.

Ibu....orang yang paling cukup dekat di hati. patut ditempatkan di ruang yang cukup istimewa di dalam hati selepas Allah SWT. ke mana saja kaki melangkah, jangan sesekali melupakan dirinya. waima jika dia sudah tiada di dalam dunia fana ini, wajar untuk terus diingati, dikenangi dan dirindui. jika ibu kamu masih ada, buktikan bahawa kamulah anak yang mampu membuatkan dirinya gembira dan berbangga. giliran kamu untuk berjasa padanya pula. biar pun mungkin tidak sehebat pengorbanan yang pernah dia lakukan, pastikan kamu menjaganya sebaik yang mungkin. ingat...ibu kandung hanya ada satu-satunya dalam hidup anda. sedangkan hilang kekasih, boleh dicari pengganti. tetapi jika hilangh ibu......selamanya pergi.

Sentiasa ingatlah pepatah ini, "syurga di bawah telapak kaki ibu." sampaikan pesanan ini kepada ibu kamu semua, "SELAMAT HARI IBU ! sayang selamanya..."

sayang dari hati.. tak sayang pergi mati.hihi gurau

0 comments:

copyright@tamanseribubunga.blogspot.com/hak milik peribadi