RELATIONSHIP




BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang



TIP KUKUHKAN IKATAN PERSAHABATAN



HORMAT :face75:
   pupuk rasa hormat terhadap perkara perkara peribadi mahupun material kepunyaan sahabat dan keselamatan peribadinya


UNDANG-UNDANG :face38:
    kamu dan sahabat sama sama membina undang undang atau peraturan. jadi masing masing memiliki hak yang haru sdihormati.


BERTOLAK ANSUR :face54:
    pada masa masa tertentu, ada di antara kamu yang perlu mengalah


KONFLIK :face23:
    bila bila masa boleh berlaku kerana setipa individu dilahirkan berbeza beza, jadi bersedialah menghadapinya dengan berfikiran rasional


JOM JADI OUTSTANDING FRIEND :face19:
    kawan yang baik boleh dijadikan sebagai penghubung kepada sesebuah kehidupan. sahabat boleh diibaratkan sebagai tali kepada masa silam, jalan kepada masa hadapan dan kunci kepada kesejahteraan kehidupan. begitulah pengaruh besar yang diberikan olehsebuah ikatan persahabatan. kamu pasti setuju bahawa persahabatan adalah satu perkara yang paling hebat dianugerahkan oleh tuhan dalam kehidupan ini. walau bagaimanapun, persahabatan tidak terjalin dengan mudah tanpa sebarang usaha. untuk membina sesebuah perhubungan persahabatan yang solid, kamu perlu menajamkan lagi skill perhubungan kamu dari semasa ke semasa.


OPEN UP :face46:
   dengan membuka minda, kamu seolah olah memberi peluang kepada individu di sekelilingmu untuk lebih mengenalimu. secara tidak langsung juga, kamu menjadikan diri mereka lebih berharga kerana rakan rakan di sekeliling kamu merasakan bahawa kamu sangat mempercayai mereka. 
    kamu berhak merasa tidak selesa atau bimbang dengan penilaian orang lain terhadap kamu. tetapi jikan kamu bersifat terlalu tertutup, ia akan menyukarkan lagi dirimu untuk mendapatkan sahabat sejati!!!


KATAKAN TIDAK PADA GOSIP :face26:
    siapa yang suka dirinya menjadi bahan cerita kepada orang lain? lebih lebih lagi jika si penyebar gosip itu datangnya dari lingkungan rakan rakannya sendiri!! kepercayaan adalah asas kepada keberhasilan sesebuah perhubungan. jika kamu ada sesuatu perkara yang kamu berasa tidak selesa dengan si rakan atau sahabat kamu itu, luahkan sahaja padanya. jangan sesekali bercakap di belakangnya.


PENYOKONG NOMBOR 1 :104:
   kebanyakan individu tidak mampu mengeluarkan potensi minimum dirinya. penyebab kepada faktor ini kerana tiada individu yang memberi sokongan 100% kepada dirinya sehingga membolehkan dirinya menjadi lebih berkeyakinan. sahabat yang luar biasa boleh menjadikan pasangannya melakukan perkara yang terbesar, di mana sahabatnya sendiri merasakan seolah olah diri seperti tidak mampu di awalnya. jadi teruslah beri sokongan kepada sahabat sehingga berjaya merealisasikan cita citanya.




   Kaedah untuk membuat dirimu outstanding bermula dengan menjadikan orang lain sebagai 'nombor satu' dalam hidup kamu terlebih dahulu!! jika kamu membuatkan orang lain merasa dirinya penting, ini bermakna kamu berjaya menawan hati mereka serta perhatian mereka terhadap diri kamu!! cubalah!!!!







sayang dari hati.. tak sayang pergi mati.hihi gurau

copyright@tamanseribubunga.blogspot.com/hak milik peribadi