TIPS MENJAGA PRIVASI



MENJAGA PRIVASI DI RUANG SIBER


golongan remaja kini sudah sinonim dengan aktiviti di ruang siber terutamanya di laman sosial dan bilik sembang (chat room) . fungsi yang ada pada setiap laman sosial itu sudah menjadi bebas dan tanpa disedari ,golongan remaja mendedahkan perkara perkara negatif kepada umum .ini merupakan sesuatu yang tidak bagus dalam masyarakat kita dan perlu diambil serius .untuk mereka si penggemar internet ,remaja menyediakan etika rangkaian sosial dan tip bagaimana untuk menjaga privasi di ruang siber


ETIKA RANGKAIAN SOSIAL


SEMUANYA UMUM
pastikan kamu tidak memasukkan segala maklumat di dalam laman web sosial kamu kerana apa yang dipaparkan akan menjafi terbuka kepada umum .ketahuilah setelah kamu masukkan data peribadi ke dalam web ,kamu pasti tidak dapat mengawalnya.


SEPERTI PERJANJIAN
jika kamu menggunakan rangkaian sosial walaupun kamu cuba menjadi orang yang tiada nama (anonymous) ,kamu tetap dapat dikesan kerana kadang kala tanpa disedari kamu telah mendaftarkan maklumat tentang diri sendiri .secara tidak langsung juga kamu terikat dengan sebarang perjanjian pengguna yang telah pun kamu persetujui.


TAK SEMUANYA JUJUR DAN BENAR
kamu mesti tahu bahawa tidak semua yang ada dalam internet itu adalah benar dan betul .mungkin juga ada yang meletakkan gambar orang laindalam akaun facebook mereka .malah ada juga yang sanggup menipu perihal diri sendiri semata mata ingin mengaburi mata sesetengah pihak.


TAPIS DIRI SENDIRI
pastikan apa yang ditaipakn dalam laman web itu tidak mengganggu atau menggugat orang lain .jangan sesekali taburkan fitnah atau lepaskan geram terus kepada individu tertentu .ini untuk menggelakkan perkara perkara salah faham berlaku .berkiaslah jika perlu.


TIDAK SEMUA PERLU TAHU
kamu tidak perlu memasukkan segalanya ke dalam web .pastikan maklumat yang kamu sampaikan itu sesuai untuk umum atau tidak .jika ia merupakan maklumat dalaman akmu ,jangan keluarkannya .begitu juga dengan maklumat sensitif yang perlu dirahsiakan.


MENCEMARKAN REPUTASI
maklumat atau gambar yang disiarkan pada profil kamu boleh digunakan atau diambil tanpa mengikut konteksnya untuk memalukan serta mencemarkan reputasi kamu .sudah ada beberapa kes profil yang disiarkan secara umum digunakan untuk menjatuhkan orang lain .jadi jangan sesekali mendedahkan maklumat tertentu secara khusus.






TIPS MENJAGA PRIVASI


(1.) simpan data peribadi kamu seperti email,rekod chatting,gambar dan video dengan selamat.
gunakan kata kekunci atau password yang mempunyai kombinasi huruf
dan nombor atau kamu mungkin juga mahu menguncinya dengan lebih selamat
(dikenali sebagai encryption)
banyak perisian yang membolehkan kamu melakukan perkara ini ,supaya kata laluan kamu tidak dapat
dileraikan dengan begitu mudah.



(2.) fikirkan beberapa kali sebelum meletakkan apa apa gambar peribadi kamu di internet.
gambar tersebut mungkin akan digunakan atu diubah oleh orang lain tanpa persetujuan kamu .
banyak cara lain untuk kamu berkongsi gambar gambar peribadi bersama
keluarga dan rakan rakan yang jauh.



(3.) berseronoklah dengan teknologi .belajar lebih banyak bagaimana laman laman web yang kamu lawati
itu berfungsi ,siapakah orang yang bertanggungjawab untuk laman web tersebut supaya kamu
tahu siapa yang perlu dihubungi jika mahu menghantarkan sebarang aduan.
lebih banyak yang kamu tahu tentang tekonolgi terkini ,kamu mampu mengurangkan risiko
pendedahan di internet.


(4.) paling penting sekali ,kamu perlu bijak mengawal privasi antara diri kamu dengan keluarga ,rakan rakan
pasangan dan juga majikan kamu .berbicaralah secara terbuka dan pastikan mereka memahami
hak kamu untuk mengekalkan privasi .mempercayai dan menghormati hak masing masing
adalah kaedah terbaik untuk mengadakn komunikasi secara ONLINE!!!!


KREDIT UNTUK MAJALAH REMAJA





sayang dari hati.. tak sayang pergi mati.hihi gurau

copyright@tamanseribubunga.blogspot.com/hak milik peribadi