agar agar coklat kastard




RAMUAN

*18g agar agar
*4 cawan air
*3/4 cawan gula
*2 biji telur
*1 camca besar tepung kastard
*1 x 410g susu isian sejat
*1 camca teh esen vanilla
*1/4 cawan MILO, dilarut dalam 2 camca besar air suam
*1 x 482g tin hirisan buah pic

KAEDAH

*masukkan agar agar dan air ke dalam periuk
*masak di atas api kecil hingga larut
*masukkan gula dan kacau hingga larut, kemudian tapis
*pukul telur dengan tepung kastard hingga sebati
*masukkan susu sejat dan esen vanilla
*masukkan adunan ke dalam agar agar, kacau rata
*bahagi  ke 2 bahagian. masukkan MILO  pada 1 bahagian
*masukkan bahagian kastard ke dalam acuan jeli berukuran 20cm dan bekukan
*bahagian MILO mestilah berkeadaan suam
*bila bahagian kastard hampir keras, goreskan permukaannya dengan hujung garpu
*kemudian masukkan bahagian berwarna ke atasnya
*sejukkan hingga beku, kemudian potong mengikut kesukaan anda
*hias dengan hirisan buah pic dan hidangkan


SELAMAT MENCUBA!!




sayang dari hati.. tak sayang pergi mati.hihi gurau

1 comments:

mizzCloudy berkata...

hai cantik blog

copyright@tamanseribubunga.blogspot.com/hak milik peribadi