puding merdeka



BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang


sempena hari merdeka yang da lepas tu kan, saya dengan besar hatinya, kembang kembang hidung bagai nak bagi resepi yang bertajuk  diberi nama  
PUDING MERDEKA..   



 


BAHAN BAHAN

* 1 cawan tepung jagung
* 5 cawan air
* 1/ cawan susu pekat
* 1/2 cawan gula
* 1 tin susu cair
* 1 1/2 sudu kecil esen vanilla
* 2 biji telur (kuning sahaja okey)
* 1 tin buahan campuran
* 2 sudu besar koko (dibancuh dengan air ye puan puan)
* sedikit prune, gajus dan ceri (untuk hiasan)



CARA MEMBUAT


* masukkan tepung jagung, air, susu pekat dan gula ke dalam periuk. kacau sehingga pekat dan berkilat.
* bahagikan kepada dua. satu bahagian dibiarkan putih manakala yang satu lagi diwarnakan koko. 
* masukkan adunan tadi berselang seli sehingga habis.


CARA MEMBUAT KUAHNYA


* bancuh susu cair dengan 1 cawan gula dan 1 tin air. masukkan sedikit tepung kastard dan esen vanilla. kacau atas api hingga pekat dan angkat.
* kemudian masukkan buahan campuran. bila sejuk, tuangkan kuah ke atas puding tadi dan hiaskan dengan biji gajus dan prune







sayang dari hati.. tak sayang pergi mati.hihi gurau

2 comments:

safurara berkata...

mana gambarnya?xde pon.

RinsyaRyc berkata...

hehe... sedap.. sedap.. <---belom ada kesempatan nak cuba. huhuhu..


http://bulatmata.blogspot.com/

copyright@tamanseribubunga.blogspot.com/hak milik peribadi