kek coklat kukus







RAMUAN


BAHAN A
*1 cawan serbuk koko
*1 cawan susu cair
*1 cawan minyak masak/mentega cair
*1 cawan gula kastor
*1/2 cawan susu pekat manis


BAHAN B
*1 1/4 cawan tepung gandum
*1 sudu teh bikarbonat
*1 sudu teh serbuk penaik


BAHAN C
*3 biji telur


HIASAN LAPISAN COKLAT
*250 gram coklat masakan
*1 sudu besar majerin
*130ml double/ whipping krim
*gula halus secukup rasa


KAEDAH


1. masukkan semua bahan A dalam periuk dan panaskan sehingga gula larut. tutup dan sejukkan


2. putar bahan C hingga kembang, masukkan dalam bahan A dan kaup balikkan hingga serata


3. tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik dicampur dan diayak, kemudian masukkan dalam bahan A+C tadi sedikit demi sedikit


4. masukkan adunan di dalam acuan kek yang dilapiskan dengan keranjang aluminium dan kukus selama sejam


CARA MEMASAK HIASAN LAPISAN COKLAT


1. cairkan coklat menggunakan teknik double boiler


2. alihkan dari api dan masukkan marjerin, gula dan krim kemudian gaul sehingga sebati.


3. curahkan atas kek kemudian ratakan




SELAMAT MENCUBA!!!!!




sayang dari hati.. tak sayang pergi mati.hihi gurau

1 comments:

copyright@tamanseribubunga.blogspot.com/hak milik peribadi