sambal tempoyak pucuk ubi



BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang





BAHAN

* 1 ikat pucuk ubi, dihiris halus halus
* 1 1/2 biji kelapa, asingkan patinya
* 3 helai daun kunyit, dihiris halus halus juga
* 5 batang serai, dihiris
* 3 papan petai dibelah dua
* 5 gram ikan bilis, dimesin
* 1 senduk tempoyak
* kunyit hidup sebesar ibu jari, dihiris
* sedikit pucuk labu
* sedikit pucuk kaduk, diracik
* 6 biji cili padi kampung
* garam secukup rasa



CARA MEMBUAT


* panaskan minyak dan masukkan santan bersama sama bahan yang telah dihiris tadi ke dalam periuk.

* kacaukan hingga sebati, selepas itu masukkan pati santan dan garam secukup rasa. kacau dan masukkan pula petai, tempoyak dan cili padi kampung

* biarkan ia mendidih dan empuk, selepas itu bolehlah dihidangkan






sayang dari hati.. tak sayang pergi mati.hihi gurau

0 comments:

copyright@tamanseribubunga.blogspot.com/hak milik peribadi